Ramai pelanggan tertanya tanya apakah rahsia di sebalik Penang char koay teow sebenarnya.Jawapannya ialah KICAP KHAS yang di rumus dengan rapi dari resepi kicap yang belainan gred.Resepi ini boleh dikatakan rahsia sebab ianya adalah ciptaan bagi seseorang yang amat berpegalaman.Tidak dapat di nafikan asal ramuan ini adalah dari tukang masak yang menetap di Pulau Pinang.Kosnya agak tinggi tetapi cita rasa yang unik dapat mengekalkan identiti yang sebenarnya.Salah seorang yang berjaya memcapai pengetahuan dalam bidang ini ialah di namakan Kicap Top Penang Char Koay Teow

Kami menyediakan TOP PENANG CHAR KOAY TEOW yang dijamin asli.Segala ramuan asas adalah secara terus dibekalkan dari Pulau Pinang dan di proses sendiri.Juga menu lain adalah seperti Laksa Utara,Sup Utara,Nasi Lemak dan lain lain

ASAL USUL KITA YG SERING DILUPAI

Dari Abi Abdir Rahman Abdillah bin Mas’ud r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda –dialah yang benar lagi dibenarkan -; Sesungguhnya, tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nuthfah (segumpal darah) , kemudian menjadi ‘alaqah selama itu juga, kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh padanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, ada seseorang di antara kalian mengerjakan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka. Ada seseorang di antara kalian mengerjakan amalan ahli neraka, sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga, diapun masuk ke dalam syurga.( HR al-Bukhari dan Muslim )